Sunday, June 15, 2008

KETUA BAHAGIAN UMNO PASIR GUDANG

YB DATUK SERI MOHAMED KHALED NORDIN

Y.B. Dato' Mohamed Khaled Nordin adalah merupakan seorang ahli politik Malaysia dan memegang Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Beliau juga merupakan naib ketua UMNO Johor dan ahli Pasir Gudang (P. 159).

Y.B. Dato' Mohamed Khaled bin Nordin telah dilahirkan di Muar, Johor pada 30 November 1958. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Ledang Muar. Beliau bersekolah menengah di Sekolah Tinggi Muar sebelum meneruskan pengajian ke Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. Y.B. Dato' Seri kemudiannya melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang pada tahun 1982.

Beliau memulakan kerjayanya di Petronas sebagai Pegawai Undang-Undang pada tahun 1982. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan (1983-1986) dan Setiausaha Politik kepada Menteri Kebajikan Masyarakat (1986-1987).

Y.B. Dato' Seri mula bergiat aktif dalam arena politik pada tahun 1978 setelah menjadi ahli UMNO Cawangan Wadihana, Johor Bahru. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO cawangan tersebut.

Beliau kini merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia. Y.B. Dato' Seri turut memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Selain itu, Y.B. Dato' Seri juga pernah dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Johor Bahru (1993), Exco Pemuda UMNO Malaysia (1993), Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru (1995), Timbalan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru (1998) dan Ketua Penerangan UMNO Negeri (1998).

YB. Dato' Seri turut bergiat aktif dalam sosial. Beliau nmerupakan Presiden Belia Negeri Johor dan Presiden Persatuan Ragbi Johor. Beliau juga telah dilantik sebagai Yang Di Pertua Koperasi Pemandu Teksi Johor dan Penaung Badan Kebajikan Islam Kampung Melayu Majidee.

Y.B. Dato' Seri telah dipilih sebagai wakil rakyat pada tahun 1999 setelah memenangi kerusi Parlimen Johor Bahru. Setelah itu beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya sehingga tahun 2004.

Pada pilihan raya umum 2004, YB. Dato' Seri telah bertukar ke kerusi Parlimen Pasir Gudang dan berjaya menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat, A. Razak Ahmad dengan majoriti 31,121 undi. Beliau memperolehi 38,123 undi berbanding lawannya yang mendapat 7003 undi. Selepas kemenangannya itu, beliau telah dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi sehingga Mac 2008.

Pada pilihanraya umum 2008, YB. Dato' Seri telah berjaya mengekalkan kerusinya Parlimen Pasir Gudang dengan menewaskan calon PRM. Beliau telah dilantik sebagai Menteri Pengajian Tinggi.

YB. Dato' Seri telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Rosni Omar tahun 1986. Beliau mempunyai hobi membaca dan amat meminati sukan renang.

1 comment:

Pemuda UMNO Masai said...

Nampaknya artikel dan diari dipetik dari laman umnopg....