Saturday, August 30, 2008

PUTERA UMNO MERDEKA!!!!!

Ditulis oleh Puterapg
30 Ogos 2008 - Putera Umno ingin mengajak saudara-saudara serta remaja pada zaman ini melihat suasana menyambut hari kemerdekaan yang ke 51. Program Ambang Merdeka yang akan dilaksanakan pada malam ini di Taman Mawar, Pasir gudang.

Issue :-
Putera Umno Bersetuju dengan apa yg PM kita Pak lah kata "KURANG AJAR" terhadap mereka yang memasang bendara malaysia secara terbalik....
tapi OLEH KERANA SAYA BUKAN PM MAKA SAYA KATAKAN MEREKA INI GOLONGAN TAK BERILMU ATAU KURANG ILMU.

Tolong lihat disekitar jalan utama di pasir gudang terutama bagi jalan-jalan yang menghubungkan kompleks pusat bandar ke kawasan-kawasan perumahan dan jalan utama telah pun di pasangkan bendera di tiang-tiang lampu....mungkin kerana nak menyambut hari kebangsaan agaknya...tahniah MPPG. Tapi MALANGNYA bendera yang dipasang itu bukanlah selayaknya dipasang begitu (sebagai banting). Bendera itu hanya untuk tiang-tiang seperti di pejabat-pejabat atau disekolah-sekolah atau ditempat-tempat umum lain.

Bendera yang seharusnya dipasang ditiang lampu itu hendaklah dalam bentuk"Banting" . Iaitu kepala kain berwana biru bulan dan bintang menegak kelangit, kainnya berjalur merah putih dan dihujung kain berbentuk potongan "A" atau "V" terbalik.

Janganlah kerana nak mendapat kontrak pasang bendera dengan MPPG kontraktor melayu bumiputera kita sanggup buat kerja ala kadar asalkan ada bendera,belajar lah dulu kalau kurang ilmu.

TOLONG lihat TESCO-EXTRA yang baru buka di Plentong tu..cantik bangunannya siap dihiasi dengan lukisan bendera Johor Dan Malaysia sungguh patriotik tapi malang kesilapan di bendera Johor tidak di tegur dan di baiki. Cuba saudara lihat betul-betul pada bulan dan bintangnya SEHARUSNYA KEDUDUKAN BULAN DAN BINTANGNYA MESTILAH PADA KADAR GARIS LURUS, iaitu kedudukan pukul 3. tadi malangnya bulan bintang itu dilukis pada kedudukan pukul 5. Dan inilah yang dipertontonkan kepada semua.

Saya menyeru saudara-sdaudara untuk membuat aduan dan bantahan terhadap perkara ini dengan seberapa segara kepada mereka-mereka yang berkenaan,satu aduan sahaja tak menjadi apa-apa pada mereka..marilah kita bersatu menentang KEJAHILAN INI.

Maklumat drpd :SDR RAMLI AHMAD.KP Taman Mawar

No comments: