Wednesday, August 27, 2008

SEJARAH PENUBUHAN PUTERA UMNO

SEJARAH PENUBUHAN

4 Mac 2005: Majlis Tertinggi UMNO Malaysia telah meluluskan biro dibawah Pergerakan Pemuda UMNO iaitu Putera UMNO Malaysia sebagai satu gerakan baru ke arah memantapkan lagi perjuangan parti. Ahli Pergerakan Pemuda yang berusia di bawah 25 tahun secara automatik berada dibawah Putera UMNO Malaysia.

TUJUAN DAN MATLAMAT

Memastikan generasi Muda Melayu menghayati sejarah perjuangan pemimpin UMNO dulu, kini dan selamanya Mengatur serta menyusun program–program yang bersesuaian dengan golongan Muda Melayu supaya hasrat dan matlamat program tercapai semaksima mungkin. Menanam sikap kebanggaan, kesetiaan serta patriotik kepada Negara dan membudayakan nilai–nilai murni dalam penghidupan generasi Muda Melayu.


OBJEKTIF PENUBUHAN

Membentuk generasi Muda Melayu yang mempunyai nilai–nilai kemanusiaan dan jati diri yang tinggi untuk memperkasakan parti serta menjadi pewaris kepada kepimpinan Negara

LOGO PUTERA UMNO
Struktur asas : rekabentuk Pucuk Rebung, ikon simbolik bagi remaja yang bakal menjadi ahli dan penggerak Putera UMNO dalam perjuangan memartabatkan Bangsa Melayu menjadi bangsa Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Pucuk rebung tersebut membentuk Tanjak dan Kubah.

Tanjak : perjuangan dan ketuanan melayu. Kubah : agama yang bercirikan Islam Hadhari

Warna merah : warna rasmi UMNO dan melambangkan perjuangan UMNO dari dahulu hingga sekarang. Aliran perubahan warna ( tone ) dari cerah ke gelap - proses kematangan ahli Putera UMNO dalam Perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan Negara.

No comments: