Monday, September 20, 2010
Putera Umno Pasir Gudang Now In Facebook
Information Only
Facebook ( www.facebook.com) is an online social networking directory that connects people with friends and others who work, study and live around them. People use Facebook to keep up with friends, upload an unlimited number of photos, share links and videos, and learn more about the people they meet.
Created and launched in February 2004 by Harvard students Mark Zuckerberg, Dustin Moskovitz and Chris Hughes, the site began as a network strictly for Harvard University. Two months later, the site expanded to include other Ivy League schools. After that, the college network slowly grew and by the end of 2004, Facebook had registered more than one million users.
Now open to anyone with a valid email address, the site includes members' pictures, biographies, interests and messages, and members can browse freely through open profiles. Members may choose their personal levels of security to prevent strangers from accessing their personal information.
The platform enables anyone, anywhere, to build complete applications that members can choose to use. Applications range from photo sharing to graffiti walls and everything in between.
The most popular social networking site. Founded in 2004 by Mark Zuckerberg, the site is free and derives revenues from ads. The name comes from the paper document issued to college freshmen to help them get acquainted on campus. Using the search facilities, members can locate other Facebook members and "friend" them by sending them an invitation, or they can invite people to join Facebook (see Faceslam). Facebook offers instant messaging and photo sharing, and Facebook's e-mail is the only messaging system many students ever use.
The "Wall" is an area of a member's Facebook page that others post messages to, and third-party applications support photos and videos.
Explosive Growth
Initially targeting Harvard students, Facebook was later opened to other universities and then high schools. In 2006, it allowed everyone to join and added a News Feed feature that would broadcast changes in members' pages to all Facebook users identified in their network of friends. It turned Facebook into a personalized social news service that by 2010 had 500 million members.
Facebook Platform
In 2007, Facebook introduced its application platform to developers. By 2010, more than a half million applications were available for business, education and entertainment. Games have been the most popular, and Facebook Credits were created to provide virtual money to spend while playing. See Facebook Platform.
Beacon Social Ads
In late 2007, Facebook introduced its Beacon social advertising program, which tracks Facebook users who visit advertisers' sites. Ads are then targeted to others indicating that their friend has purchased a product, rented a video or signed up for a service. The system was launched as opt-out in the beginning but later changed to opt-in. See social networking site, social advertising, opt-in and opt-out.
Wednesday, October 14, 2009
UMNO DAN PAS
Puterapg : Cerita tentang islam semua bagi PAS. Cerita tentang Politik bagi UMNO. Begitulah cerita dimalaysia. kadang-kala kita terlepas pandang dengan bangsa lain selain ISLAM. Apakata kita bersatu untuk Agama ISLAM... Bayangkan jika kita bersatu dengan parti yang kononnya beria berkata " Hah...mu dok masok UMNO mu masuk NERAKA, meh dok PAS mu masuk SYURGA.
Puteragp : Kata-kata itu depa guna slot Al-Quran mana ?
Puterapg : mana ada dalam slot-slot itu. diaorang suka-suka sebut main hembus jek.
Berbalik cerita kita pasal gabungan. UMNO bukan tidak pernah bergabung dengan PAS, sejarah dah terbukti PAS tidak mahu bergabung dengan UMNO. Munkin diaorang angap orang UMNO ni bukan Orang ISLAM atau sebaliknya.
Pening juga mahu meleraikan isu-isu ini. Inilah dinamakan POLITIK MALAYSIA. Kadang kala terfikir juga banyak juga perkembangan PartiPAS ini, Pok Nik tu pandai juga. Jangan Main-main Dengan Dia, Idea dan pemikiran dia lebih bijak dari siswazah Universiti. Ramai juga orang PAS yang tidak suka dengan dia, tapi bebekalkan ilmu di dada itu dia gunakan dengan sebijak-bijaknya.
Baru-baru ini, ada pergi ke negeri Pok Nik ( Nik Aziz La). Maju juga negeri dia tu, walaupun orang kata kelantan tidak ada pembangunan. Cubalah semua orang pergi ke kelantan, memang tidak disangka-sangka negeri ini penuh dengan khalima Al-Quran. Cuba tengok Signboard / Papan Panda dan lain-lain, Semua ada tulisan Jawi. Baru-baru ini Ada TESCO di kelantan. Tulisan TESCO pun tulisan Jawi. Kalau di bandingkan dengan JB cuma diamalkan oleh Syarikat kereta MUTIARA MOTOR SDN. BHD. jika tidak percaya , pergila di Jalan Setanggi disebelah Petrol Station SHELL dan wisma baru di hadapan MPTI di larkin, JB.
Setiap orang di dunia ini mesti ada kekurangan, Semua ini ada tercatat dalam Al-Quran. Begitulah ceritanya. Ada lagi , Adakah Anda Tahu Tentang POLITIK? Mungkin ada yang sudah lama tentang itu ini. Tetapi jika anda tidak tahu tentang POLITIK, Cuba-cubalah buka buku balik. APA ITU POLITIK.
Corak corek dari Puterapg...bersambung page:1
Saturday, January 10, 2009
PUTERA UMNO DI GAZA
DIMANAKAH KEPREHATINAN KITA TERHADAP ISLAM-BUKANNYA PENGGANAS
WARGA emas Palestin mencari sesuatu di sebalik bangunan kediaman yang runtuh dibedil tentera Israel di Rafah, Selatan Gaza, semalam. |
Zionis tak endah resolusi PBB
GAZA: Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam yang menggesa gencatan senjata dimulakan segera tidak diendahkan Israel apabila rejim Zionis itu terus menggempur Gaza dengan angka kematian warga Palestin kini mencecah 783 orang dan lebih 3,000 lagi cedera.
Sekurang-kurangnya 50 sasaran di Gaza termasuk tempat pelancar roket dan kemudahan membuat bom pejuang Hamas, dibedil oleh tentera Israel dalam operasi pada hari ke-14 semalam
Jet tempur Yahudi turut menggugurkan bom di pinggir Gaza, manakala kereta kebalnya membedil sebuah rumah di Beit Lahiya menyebabkan enam penduduk daripada satu keluarga, maut.
Pejabat PBB bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) pula mendedahkan tindakan kejam tentera Israel menghimpunkan 110 penduduk Palestin dalam sebuah rumah di daerah Zeitun sebelum membedilnya bertalu-talu menyebabkan 30 orang maut, Ahad lalu. Menurut OCHA, penduduk yang terselamat diarah berjalan kaki sejauh dua kilometer ke Jalan Sala Ed Din sebelum dihantar ke hospital dalam kenderaan awam. Tiga kanak-kanak, termasuk bayi berusia lima bulan, dilaporkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.
Pendedahan itu disusuli keputusan Majlis Keselamatan PBB meluluskan resolusi menggesa gencatan senjata segera dimulakan dan dihormati semua pihak secara berterusan dengan menetapkan Israel berundur dari Gaza.
Resolusi yang diluluskan di ibu pejabat PBB di New York itu, turut menggesa langkah tertentu diambil bagi menyekat kegiatan menyeludup senjata ke Gaza dan sempadannya dibuka semula.
Ia juga meminta semua pihak tidak menyekat penghantaran bantuan kemanusiaan untuk 750,000 penduduk di Gaza. Dalam undian yang diadakan, 14 anggota majlis itu menyokong resolusi berkenaan, manakala Amerika Syarikat berkecuali.
Hamas bagaimanapun membantah resolusi itu atas alasan PBB gagal mengambil kira kepentingan rakyat Palestin.
Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri, berkata kelulusan resolusi itu tidak bermakna perang sudah tamat.
Tentera Israel berkata, pejuang Hamas melancarkan sekurang-kurangnya empat roket ke wilayahnya, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Sebagai langkah keselamatan tambahan, Israel menempatkan 3,000 anggota polis di Baitulmaqdis kerana menjangka bantahan baru diadakan selepas solat Jumaat oleh penduduk Palestin bagi menentang operasi ketenteraan Zionis di Gaza.
Friday, December 5, 2008
PUTERA UMNO KE PUNCAK GUNUNG KINABALU, SABAH
Wednesday, October 1, 2008
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Setitik Embun Dipohon Rimbun, Diatap Nipah Air Bergenang,
Dosa Tertimbun Mohon Diampun, Silap & Salah Jangan Dikenang.
Ya ALLAH''....Menjelang Bulan Syawal Yang Mulia Ini,
Mulakan & Sayangilah Saudaraku Ini Sekeluarga.
Berkatilah Keluarganya,
Sihatkan Tubuh Badanya,
Limpahkan Rezekinya, Kuatkan Imannya,
Beri kenikmatan Ibadahnya, Jauhkannya dari Fitnah & Penghinaan.
Suburkanlah Benih Keimanan Dengan Penuh rasa kasih sayang serta Taqwa,
Aminnn....Yaa'rabbal'alammin.
Iklas :- Puterapg
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI.Sempena Lebaran yang akan kunjung tiba,pihak pentadbir ingin memohon maaf dan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.Kami juga mengalu-alukan kehadiran anda semua ke Rumah Terbuka YB Datuk Seri Khaled Nordin pada 3hb Oktober 2008 bersamaan Hari Raya ketiga di Dewan Johor Jaya.Apapun,kempen jangan lupa.. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...
Iklas :- Umnopg.com.my
Saturday, August 30, 2008
SALAM RAMADHAN


Ramadan 2008 will Start in Started between the 1st of September After National Day Perade on 31 Aug 2008.Muslims follow a lunar calender rather than a solar calender. Each lunar month can be either 29 days or 30 days. The ending and thus start of a lunar month depends on siting the New Moon with the naked eye. Thus we can not determine the exact day by using a calender or by calculations. We will not know when Ramadan is until the night before Ramadan starts.
On the 29th of Shabaan ( ie 8th month of the Islamic calender and the month that comes before Ramadan) Muslims will start looking in the sky for the New moon. If a Muslim sees the New moon at Maghrib time or after Maghrib he will inform others and the start of Ramadan will be announced. And the special Taraweeh prayers will be prayer after the Isha prayer.
Then the Muslims will go to sleep and wake up just before the start of dawn and eat some food. When dawn is about to start they will stop eating and start fasting. Then pray the fajr prayers.
If the New Moon is not seen on the 29th of Shabaan. Then on the 30th of Shabaan after the Isha prayer the Muslims will start praying the Taraweeh prayers and in the morning (ie just before dawn they will observe Fasting)
PUTERA UMNO MERDEKA!!!!!
Ditulis oleh Puterapg30 Ogos 2008 - Putera Umno ingin mengajak saudara-saudara serta remaja pada zaman ini melihat suasana menyambut hari kemerdekaan yang ke 51. Program Ambang Merdeka yang akan dilaksanakan pada malam ini di Taman Mawar, Pasir gudang.
Putera Umno Bersetuju dengan apa yg PM kita Pak lah kata "KURANG AJAR" terhadap mereka yang memasang bendara malaysia secara terbalik....
tapi OLEH KERANA SAYA BUKAN PM MAKA SAYA KATAKAN MEREKA INI GOLONGAN TAK BERILMU ATAU KURANG ILMU.
Tolong lihat disekitar jalan utama di pasir gudang terutama bagi jalan-jalan yang menghubungkan kompleks pusat bandar ke kawasan-kawasan perumahan dan jalan utama telah pun di pasangkan bendera di tiang-tiang lampu....mungkin kerana nak menyambut hari kebangsaan agaknya...tahniah MPPG. Tapi MALANGNYA bendera yang dipasang itu bukanlah selayaknya dipasang begitu (sebagai banting). Bendera itu hanya untuk tiang-tiang seperti di pejabat-pejabat atau disekolah-sekolah atau ditempat-tempat umum lain.
Bendera yang seharusnya dipasang ditiang lampu itu hendaklah dalam bentuk"Banting" . Iaitu kepala kain berwana biru bulan dan bintang menegak kelangit, kainnya berjalur merah putih dan dihujung kain berbentuk potongan "A" atau "V" terbalik.
Janganlah kerana nak mendapat kontrak pasang bendera dengan MPPG kontraktor melayu bumiputera kita sanggup buat kerja ala kadar asalkan ada bendera,belajar lah dulu kalau kurang ilmu.
Saya menyeru saudara-sdaudara untuk membuat aduan dan bantahan terhadap perkara ini dengan seberapa segara kepada mereka-mereka yang berkenaan,satu aduan sahaja tak menjadi apa-apa pada mereka..marilah kita bersatu menentang KEJAHILAN INI.
Wednesday, August 27, 2008
SEJARAH PENUBUHAN PUTERA UMNO
4 Mac 2005: Majlis Tertinggi UMNO Malaysia telah meluluskan biro dibawah Pergerakan Pemuda UMNO iaitu Putera UMNO Malaysia sebagai satu gerakan baru ke arah memantapkan lagi perjuangan parti. Ahli Pergerakan Pemuda yang berusia di bawah 25 tahun secara automatik berada dibawah Putera UMNO Malaysia.
TUJUAN DAN MATLAMAT
Memastikan generasi Muda Melayu menghayati sejarah perjuangan pemimpin UMNO dulu, kini dan selamanya Mengatur serta menyusun program–program yang bersesuaian dengan golongan Muda Melayu supaya hasrat dan matlamat program tercapai semaksima mungkin. Menanam sikap kebanggaan, kesetiaan serta patriotik kepada Negara dan membudayakan nilai–nilai murni dalam penghidupan generasi Muda Melayu.
OBJEKTIF PENUBUHAN
Membentuk generasi Muda Melayu yang mempunyai nilai–nilai kemanusiaan dan jati diri yang tinggi untuk memperkasakan parti serta menjadi pewaris kepada kepimpinan Negara
LOGO PUTERA UMNO
Struktur asas : rekabentuk Pucuk Rebung, ikon simbolik bagi remaja yang bakal menjadi ahli dan penggerak Putera UMNO dalam perjuangan memartabatkan Bangsa Melayu menjadi bangsa Cemerlang, Gemilang dan Terbilang. Pucuk rebung tersebut membentuk Tanjak dan Kubah.
Tanjak : perjuangan dan ketuanan melayu. Kubah : agama yang bercirikan Islam Hadhari
Warna merah : warna rasmi UMNO dan melambangkan perjuangan UMNO dari dahulu hingga sekarang. Aliran perubahan warna ( tone ) dari cerah ke gelap - proses kematangan ahli Putera UMNO dalam Perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan Negara.
Sunday, June 15, 2008
KETUA BAHAGIAN UMNO PASIR GUDANG
YB DATUK SERI MOHAMED KHALED NORDIN
Y.B. Dato' Mohamed Khaled Nordin adalah merupakan seorang ahli politik Malaysia dan memegang Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Beliau juga merupakan naib ketua UMNO Johor dan ahli Pasir Gudang (P. 159).
Y.B. Dato' Mohamed Khaled bin Nordin telah dilahirkan di Muar, Johor pada 30 November 1958. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Ledang Muar. Beliau bersekolah menengah di Sekolah Tinggi Muar sebelum meneruskan pengajian ke Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. Y.B. Dato' Seri kemudiannya melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang pada tahun 1982.
Beliau memulakan kerjayanya di Petronas sebagai Pegawai Undang-Undang pada tahun 1982. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan (1983-1986) dan Setiausaha Politik kepada Menteri Kebajikan Masyarakat (1986-1987).
Y.B. Dato' Seri mula bergiat aktif dalam arena politik pada tahun 1978 setelah menjadi ahli UMNO Cawangan Wadihana, Johor Bahru. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO cawangan tersebut.
Beliau kini merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia. Y.B. Dato' Seri turut memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang.
Selain itu, Y.B. Dato' Seri juga pernah dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Johor Bahru (1993), Exco Pemuda UMNO Malaysia (1993), Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru (1995), Timbalan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru (1998) dan Ketua Penerangan UMNO Negeri (1998).
YB. Dato' Seri turut bergiat aktif dalam sosial. Beliau nmerupakan Presiden Belia Negeri Johor dan Presiden Persatuan Ragbi Johor. Beliau juga telah dilantik sebagai Yang Di Pertua Koperasi Pemandu Teksi Johor dan Penaung Badan Kebajikan Islam Kampung Melayu Majidee.
Y.B. Dato' Seri telah dipilih sebagai wakil rakyat pada tahun 1999 setelah memenangi kerusi Parlimen Johor Bahru. Setelah itu beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya sehingga tahun 2004.
Pada pilihan raya umum 2004, YB. Dato' Seri telah bertukar ke kerusi Parlimen Pasir Gudang dan berjaya menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat, A. Razak Ahmad dengan majoriti 31,121 undi. Beliau memperolehi 38,123 undi berbanding lawannya yang mendapat 7003 undi. Selepas kemenangannya itu, beliau telah dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi sehingga Mac 2008.
Pada pilihanraya umum 2008, YB. Dato' Seri telah berjaya mengekalkan kerusinya Parlimen Pasir Gudang dengan menewaskan calon PRM. Beliau telah dilantik sebagai Menteri Pengajian Tinggi.
YB. Dato' Seri telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Rosni Omar tahun 1986. Beliau mempunyai hobi membaca dan amat meminati sukan renang.
Sunday, May 25, 2008
Saturday, May 24, 2008
KEJAR’08
KEM JATI DIRI GERAK GEMPUR PUTERA BERMOTOR PUTERA 2008
( KEJAR ’08)
“Jauh perjalanan,luas pengetahuan”. Begitulah konsep yang bakal di terapkan kepada golongan Putera UMNO yang akan menyertai program KEJAR’08. Berbekalkan pengetahuan yang akan di peroleh inilah yang akan lebih mematangkan dan mendewasakan para peserta dalam meniti usia ke arah menjadi generasi pelapis Negara yang bakal mencorakkan masa depan masyarakat dan bangsa. Program KEJAR’08 merupakan satu usaha murni pihak pentadbrian dalam usaha membentuk generasi belia yang bakal menjadi tonggak Negara pada masa hadapan di samping sebagai persediaan kepada mereka untuk menempuh pilihanraya yang bakal berlaku lagi.
Antara visi dan misi yang menjadi tumpuan sepanjang program KEJAR'08 adalah :-
1.1 Memupuk disiplin diri yang kukuh dalam kalangan peserta supaya lebih bertanggungjawab dan berdedikasi demi memastikan matlamat yang di sasar dapat di capai dengan sempurna
1.2 Memantapkan jentera gerak-gempur bermotor untuk persediaan menghadapi pilihanraya yang akan datang
1.3 Melahirkan generasi Putera yang mempunyai semangat bersatu padu dan setiakawan dalam melakukan setiap perkara serta menyemai sikap bertolak ansur dan sepakat dalam pasukan
1.4 Menyemai sifat kepimpinan dalam diri setiap peserta sebagai usaha menyediakan generasi pelapis yang berwibawa dan berkebolehan untuk memegang pucuk pimpinan dalam masyarakat



